beza PENAPIS BIASA DENGAN BIOCERA

beza PENAPIS BIASA DENGAN BIOCERA

Sunday 30 December 2012

PENYAKIT DATANG TANPA DI UNDANG

Ramai yang berkata bahawa untuk "staying healthy is expensive". Saya syorkan anda cuba jadi sakit? Bagaimana perasaan anda? Kesihatan adalah satu kurniaan yang tak ternilai kepada diri kita.

Apa yang menghindarkan kita dari sakit adalah kerana daya ketahanan badan kita atau pun antibodi. Tetapi ramai yang tidak mempedulikan langsung tentang daya ketahanan tubuh badan mereka.

Sebelum ini jarang-jarang kita mendengar penyakit seperti Kanser, Sakit Jantung, Darah Tinggi, Aids, Avian Flu dan lain-lain penyakit ganjil yang boleh membawa maut.

Disebabkan oleh gaya hidup zaman moden yang cukup stress dan cara pemakanan yang tidak seimbang, ditambah lagi dengan pencemaran alam sekitar yang sukar dikawal, maka ramai di antara kita yang sukar untuk menjadi sihat dan mudah pula mendapat pelbagai penyakit kronik.

Kita hanya menghargai nilai kesihatan semasa kita sakit. Mengapa kita hanya tunggu tanpa langkah pencegahan??

Friday 28 December 2012

Tip kecantikan untuk wanita!!!!

4. Tidur yg cukup...Jgn asyik berjaga waktu malam...tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur?Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.
sambungan...

5. Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah..tak payahlah sapu itu ini...cukuplah dgn wajah yg bersih

6. Makan yg cukup tapi bukan berlebihan. Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari.Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.

7. Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun..anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah.Jika rajin..cari pelbagai jenis bunga yg wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri utk mencantikkan tubuh badan.

8. Elakkan stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.

9. Don't worry, be happy. Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!

10.Ketawa penghibur duka! Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2.Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka

Thursday 27 December 2012

Tips Kecantikkan Dan Kesihatan Untuk Wanita !!

1. Minum banyak air...minum..minum dan minum! Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang
toksin dalam badan,menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?.

2. Bersenam ! Baik utk kesihatan..elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam...lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah.

3. Jangan merokok. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu..jadi kenapa nak merokok??Nak kuruskan badan?? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit..pasti org lebih nak sihat, kan??

bersambung.....

Wednesday 26 December 2012

Tanda-tanda Awal Masalah Buah Pinggang?

Bengkak air
Bengkak air dapat dikesan sekirang berlaku kebengkakkan pada bahagian mata dan muka. Kebengkakkan ini hanya berlaku pada sebelah pagi dan kembali normal di sebelah petang. Selain itu, sekiranya seseorang itu berada dalam situasi kepenatan, kebengkakkan ini juga akan bertambah. Bengkak air yang serius akan menunjukkan kesan dimana-mana bahagian pinggang hingga ke kaki seperti kebengkakkan di buku lali. Bengkak air yang berpunca daripada penyakit ginjal akan menunjukkan kesan bengkak di sekeliling mata dan muka pada waktu pagi dan waktu petang ia akan kembali baik. Bengkak air yang teruk akan menyebabkan bengkak dan sakit pada tumit kaki dalaman, kaki dan pinggang.

Keratan Buah PinggangTekanan darah tinggi
Tekanan darah tinggi yang berpunca daripada masalah buah pinggang adalah sama dengan tekanan darah tinggi yang berpunca daripada penyakit lain. Ia mengakibatkan sakit kepala, pening, rabun dan berdengung di telingga. Pemeriksaan tekanan darah secara berkala atau kerap penting untuk memastikan tekanan darah berada di dalam keadaan normal. Ramai orang mengabaikan pemeriksaan ini disebabkan mereka telah lali dengan simptom-simptom seperti di atas dan tidak mengambil tindakan selanjutnya.

Sakit pinggang
Seringkali menghadapi masalah kesakitan di bahagian pinggang secara berkala ataupun berterusan.

Kencing terlalu banyak atau terlalu sedikit
Kuantiti air kencing orang normal adalah antara 1000ml – 2000ml setiap hari dengan puratanya 1500ml setiap hari. Tidak kiralah banyak atau sedikit kencing, ia kemungkinan tanda-tanda masalah buah pinggang. Perlu diambil perhatian, sekiranya seseorang itu kerap membuang air kecil di sebelah malam.

Keputusan ujian air kencing yang tak normal
Sekiranya setelah menjalani pemeriksaan air kencing, ujian mendapati terdapat unsur protein, sel merah, sel putih, bentuk organ dan glukosa di dalam air kencing, seseorang itu dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan yang lebih lanjut.

Monday 24 December 2012

MINUM TEH TANPA SUSU DAPAT MENJAGA KESIHATAN JANTUNG!

Tahukah anda ‘teh’ dapat membantu anda menjaga kesihatan jantung? Bagi penggemar-penggemar ‘teh’ anda di nasihatkan supaya beralih kepada ‘teh tanpa susu’. Ini bermakna, anda haruslah mecuba minum ‘teh O’ daripada ‘teh’. Memang tidak dapat dinafikan bahawa minum teh pada waktu pagi dan petang ia amatlah enak sekali.
Namun, melalui ujian yang telah dijalankan, jika anda berminat untuk memanfaatkan teh yang maksimum, terutamanya kesihatan jantung anda, jangan tambahkan susu di dalam ‘teh’ anda.
Meminum ‘teh hitam’ atau ‘teh O’ dapat membantu melindungi anda daripada serangan sakit jantung. Dr. Mario Lorenz, yang membantu sebuah kajian di Berlin, mengatakan bahawa manfaat ‘teh’ yang sangat penting adalah dapat menambahkan kemampuan arteri untuk berkerja dengan lebih santai dan melancarkan aliran darah.
Tetapi dengan adanya kandungan susu, ia akan menghalang keajaiban yang di hasilkan oleh ‘teh’ ini.
Ini kerana susu bersifat meneutralkan semua jenis reaksi kimia. Maka, kebaikan yang terdapat di dalam ‘teh hitam’ ini akan turut dihilang atau dineutralkan dengan kehadiran susu di dalam minuman ‘teh’ anda.

untuk pesanan

untuk pesanan